suria

Terlalu banyak lawak ‘double meaning’… Yassin nasihat pelawak baharu jaga sensitiviti, perlu ada garis panduan

PELAWAK Yassin Yahya berpesan kepada semua pelawak agar menjaga sensitiviti ketika melakukan persembahan.

Selama 23 tahun berada dalam industri komedi, Yassin, 45, berkata dia teringin untuk berkongsi ilmu kepada pelawak baharu mengenai dunia lawak ini.

“Orang sekarang nak kejar nama dengan cara pelbagai, ada yang guna cara mencaci dan tak boleh nak elak sebab ini adalah zamannya.

“Bila saya tengok sendiri ramai orang nak buat lawak, tapi bila nak buat lawak macam-macam perkataan lucah yang keluar.

“Sebab apa? Sebab lawak sekarang tiada peraturan, jadi sampai satu tahap perkara itu perlu ada.

“Hampir 23 tahun dalam industri saya teringin nak berkongsi pengalaman selama 20 minit, saya buat kelas asas lawak sebelum pelawak baharu lebih dikenali,” katanya kepada pemberita.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi