suria

Diana Danielle cepat lupa kerana sindrom ADHD, perlu ada pembantu… Solat dan al-Quran cara atasi gangguan

MENGHIDAP sindrom Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD) membuatkan pelakon Diana Danielle mahu menambahkan kesedaran awam tentang isu kesihatan mental.

Kata Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 32, kehadiran suami dan anak-anak menjadi penguat semangat buat dirinya sentiasa berfikiran positif.

“Suami saya memang terus kata kalau kita rasa kusut... rujukan pertama adalah Al-Quran dan solat, suami saya memang akan jaga bab itu.

“Macam anak-anak saya pula bila saya tengok mereka gembira dan saya lihat hidup mereka teratur saya sendiri akan rasa teratur.

“Jadi dengan anak-anak lain sikit sebab kita yang atur hidup dia mereka tak boleh atur hidup kita,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain Diana Danielle akan membuka gerai mengenai info kesihatan mental di Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya bermula 14 hingga 17 April 2023.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi