suria

“Berdiam diri lebih baik” - Aedy Ashraf tak baca komen netizen, semakin matang berdepan kontroversi

PELAKON Aedy Ashraf kekal dengan pendirian untuk tidak mengulas mengulas mengenai penularan video seorang lelaki didakwa miripnya menari dan berpelukan dengan seorang wanita di kelab malam.

Kata Aedy atau Mohamad Addy Ashraf Rosmadi, 30, dia memilih untuk berdiam mengenai isu itu kerana sebagai manusia biasa dirinya juga tidak lari daripada melakukan kesilapan.

“Berdiam diri adalah pilihan saya dan saya rasa lebih baik berdiam diri daripada bercakap sesuatu yang kita tak tahu nak cakap atau jawab.

“Saya dalam industri bukan setahun dua tahun, saya dalam industri dengan media lebih daripada 20 tahun... jadi saya tahu perjalanan dan apa yang saya patut buat atau tidak.

“Kadang-kadang saya juga seorang manusia yang tak terlepas daripada buat sesuatu untuk masyarakat berkata-kata tapi at the end of the day saya manusia,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Aedy adalah antara artis yang akan memeriahkan Absolut Bazaar X Frestival Gaya Raya yang akan bermula pada 14 hingga 17 April 2023.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi