suria

Ada sebab ibu Syamsul luah kecewa, Puteri Sarah minta henti kecam mentua… “Orang luar tak tahu apa berlaku”

GARA-GARA lantang bersuara di media sosial, ibu mentua Puteri Sarah iaitu Datin Patimah Ismail teruk dikecam netizen.

Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata ada sebab ibu mentuanya kecewa dengan tindakan Syamsul Yusof berkahwin dengan Ira Kazar dan perkara itu hanya diketahui oleh keluarga sahaja.

“Saya faham perasaan ibu mentua saya sekarang... memang dia tak puas hati dan sedih.

“Saya nak jelaskan di sini, apbila dia meluahkan rasa tidak puas hati ramai yang kecam dia tapi netizen di luar sana tidak tahu apa yang berlaku.

“Ada sebab kenapa dia macam itu... hanya saya, pihak mentua dan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan sahaja yang tahu,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Sarah dan suaminya Syamsul Yusof berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi