suria

“Pakai baju kurung pun orang kata seksi” - Nadia Brian anggap komen nakal sebagai doa untuk berubah

PELAKON Nadia Brian memberitahu sejak dari awal pembabitan dalam industri seni, ramai menyifatkan dirinya sebagai seorang wanita yang seksi.

Menerima sebarang teguran dengan hati terbuka, Nadia atau Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 32, menganggap kritikan itu sebagai pendorong untuk dia berubah menjadi individu lebih baik selepas ini.

“Dari awal kemunculan orang kata saya very feminin dan seksi... saya pakai baju kurung pun orang kata seksi.

“Seksi itu sangat umum tapi mungkin sebab ada terdedah sedikit orang dah anggap itu seksi.

“Kita kena anggap bila terima segala komen anggap sahaja ke arah positif sebab mungkin mereka bimbang tentang diri kita,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Nadia turut menjadi salah seorang pelakon dalam filem Eva bersama Nadia Aqilah, Shamshul Danish, Hasnul Rahmat, Jay Iswazir dan ramai lagi yang bakal ditayangkan di pawagam bermula 26 Januari 2023.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi