suria

[V] Sharnaaz Ahmad mengaku tak bersalah tumbuk, tendang penghuni kondominium

PELAKON Sharnaaz Ahmad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jenayah, Kuala Lumpur pada Rabu atas pertuduhan menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Segambut pada Jun tahun lalu.

Pengakuan itu di hadapan Majistret Atiqah Mohamed@Mohamad Saim selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, yang mendiami kondominium sama didakwa menumbuk dan menendang mangsa selepas rakannya hendak menghantar minyak masak dilarang memasuki kawasan kondominium berkenaan oleh pengawal keselamatan di situ.

WhatsApp Image 2023-01-18 at 11.05.57 AM

Sharnaaz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menumbuk dan menendang seorang penduduk di kondominium di Segambut.

Kejaidan dipercayai berlaku selepas berlaku pertengkaran mulut di antara mangsa dengan pengawal keselamatan sebelum aktor terbabit datang secara tiba-tiba dan memukul mangsa.

Dalam kejadian tersebut, mangsa mendakwa Sharnaaz menumbuk dan menendang muka, dada, perut serta bahagian belakang badan selain mengugut untuk membunuh.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Sharnaaz Ahmad hanya leraikan pergaduhan, bantu pertahan pengawal keselamatan ditindas

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak bodoh untuk buat begitu!” - Sharnaaz Ahmad

Sharnaaz didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum maksimum penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Sebelum itu, Sharnaaz hadir ke mahkamah kira-kira jam 9:35 pagi memakai baju kemeja berwarna biru gelap dan ditemani pengurus serta dua orang peguam.

Terdahulu pelakon filem Jebat itu telah direman selama tiga hari pada Jun 2022 bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sementara itu, pada prosiding sama, Shaarnaz diarahkan membayar ikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin manakala kes itu akan disebut semula pada 6 Mac depan bagi serahan dokumen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain