suria

[VIDEO] Sharnaaz Ahmad hanya leraikan pergaduhan, bantu pertahan pengawal keselamatan ditindas

Sharnaaz akhirnya tampil mempertahankan diri.

GENAP seminggu dibebaskan daripada tahanan reman, pelakon Sharnaaz Ahmad akhirnya tampil menjelaskan situasi sebenar berhubung isu dirinya didakwa melakukan kekerasan terhadap penghuni di sebuah kondominium di Segambut baru-baru ini.

Sharnaaz menegaskan dia yakin dirinya tidak pernah menumbuk, mencekik, memijak atau menendang perut individu berkenaan seperti didakwa sebelum ini.

Sebaliknya kata aktor ini, dia hanya membantu meleraikan pergaduhan antara individu tersebut dengan pengawal keselamatan yang didakwa melarang mangsa membawa masuk minyak masak.

"Saya turun dan melihat satu pergaduhan sedang berlaku yang mana penghuni itu bertengkar kerana tidak dibenarkan membawa masuk minyak masak.

"Saya cuba mempertahankan pengawal keselamatan berkenaan kerana tidak boleh melihat orang ditindas.

"Di sini saya menegaskan saya tidak memijak atau menendang perut individu berkenaan ataupun mencekik dan menumbuknya. Itu semua karut dan saya yakin saya tidak buat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Noor Nabila percaya Sharnaaz Ahmad tak bersalah kes pukul - “Dia bukan orang macam itu”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak bodoh untuk buat begitu!” - Sharnaaz Ahmad beri penjelasan dakwaan tumbuk pengawal keselamatan

Saya cuba mempertahankan pengawal keselamatan berkenaan kerana tidak boleh melihat orang ditindas.

SHARNAAZ AHMAD

PELAKON

Sharnaaz berkata, buat masa ini hanya kenyataan secara 'surface' (dasar) boleh diberikan dan dia masih menunggu keputusan daripada pihak mahkamah.

Penjelasan ini juga katanya dibuat atas nasihat peguam dan pihak polis selepas genap seminggu dia dibebaskan daripada tahanan reman.

Pada 20 Jun lalu Sharnaaz dibebaskan daripada tahanan reman selama tiga hari selepas didakwa terlibat dalam insiden kekecohan di sebuah kondominium di Segambut.

Sharnaaz

Sharnaaz bantu leraikan pergaduhan.

Dalam pada itu, pelakon berusia 36 tahun itu turut menyeru kepada orang ramai untuk tidak menghukum atau menghakimi tanpa bukti kukuh.

"Saya bukan hendak cakap saya baik atau bagus, cuma apa yang saya ingin katakan di sini adalah jangan terus membuat konklusi apabila ada orang masuk reman.

"Pihak polis telah memberikan kerjasama dan begitu juga daripada saya. Semoga perkongsian ringkas dan padat ini dapat menjernihkan keadaan ini," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain