suria

Noor Nabila percaya Sharnaaz Ahmad tak bersalah kes pukul - “Dia bukan orang macam itu”

Nabila percaya Sharnaaz tak bersalah.

SUSULAN kes pukul di sebuah kondominium, bekas isteri Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila percaya aktor itu tidak bersalah.

Menurut Nabila, dia juga sudah tahu perkara sebenar yang terjadi namun tidak dapat membuka mulut kerana perkara tersebut membabitkan pihak polis dan peguam.

“Mula-mula saya terkejut juga bila tahu berita itu, tapi saya terus bertanya pada Sharnaaz. Saya tahu apa yang jadi dan cerita sebenar saya.

SHARNAAZ4

Sharnaaz menangis jumpa anak selepas tiga hari direman.

“Apa yang diberitakan banyak yang telah ditokok tambah. Sebagai bapa kepada Jayden, saya sokong dia dan tetap berada di belakang... saya berpihak pada dia.

“Saya bagitahu dia untuk terus pandang ke hadapan dan menyatakan saya sentiasa akan menyokong dia,” kata Nabila kepada mStar.

Nabila berkata demikian semasa ditemui di majlis pelancaran koleksi tudung baharu Naelofar yang berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak bodoh untuk buat begitu!” - Sharnaaz Ahmad beri penjelasan dakwaan tumbuk pengawal keselamatan

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon terkenal lagak gangster ditahan reman, didakwa tendang muka dan dada pengawal keselamatan

Selain itu, Nabila juga berkata, Sharnaaz seorang yang bertanggungjawab dan selama ini telah menjaga anak mereka, Jebat Jayden, dengan baik dan penuh kasih sayang.

“Sharnaaz bukan macam itu. Dia bertanggungjawab dan sayangkan anak. Selepas keluar reman, saya berada di Phuket sedang bercuti.

“Dia ada berjumpa dengan Jayden dan menghantar video kepada saya. Menitik air mata dia bila dapat jumpa Jayden selepas tiga hari,” ujarnya.

Apa yang diberitakan banyak yang telah ditokok tambah

NOOR NABILA

BEKAS ISTERI/ USAHAWAN

Pada Sabtu, media melaporkan mengenai seorang pelakon iaitu Sharnaaz direman selama tiga hari oleh polis di kondominium di Segambut, Kuala Lumpur menjadi tanda tanya netizen.

Sharnaaz direman selama tiga hari sehingga Isnin selepas didakwa menumbuk dan menendang seorang penghuni kondominium.

Untuk rekod, Sharnaaz mendirikan rumah tangga Nabila pada 31 Mac 2017 namun disahkan bercerai pada 9 Julai 2020.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

BN pertahan kerusi DUN Tioman