suria

“Saya masih lagi single” - Ira Kazar buka mulut dakwaan sudah bertunang dengan Syamsul Yusof

Ira Kazar buat pengakuan di Instastory.

SUSULAN gosip sudah bertunang dengan pengarah Syamsul Yusof, anak pelakon veteran Kazar iaitu Ira Kazar akhirnya tampil menafikan perkara tersebut.

Ira menerusi laman Instastory miliknya mengakui dirinya masih bujang dan tidak pernah terikat dengan mana-mana lelaki.

"By the way (Selain itu) Saya masih lagi single (solo)," katanya secara ringkas.

Ira yang juga seorang pelakon berkata demikian selepas membuat ulasan filem Hollywood Black Phone yang ditontonnya pada malam, Selasa.

Ira Kazar

Netizen dakwa Ira sudah bertunang dengan Syamsul.

Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan Ira sejak namanya dikaitkan dengan rumah tanggan pasangan selebriti itu gagal apabila dia mengambil keputusan mengunci mulutnya.

Sementara itu, pengarah dan pelakon popular, Syamsul Yusof, 38, juga turut menafikan dia sudah bertunang dengan Ira seperti didakwa netizen di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Kalau betul Syamsul nak kahwin lain, ini pesan ibu kepada keluarga Ira Kazar! - “Jangan ugut anak saya!”

ARTIKEL BERKAITAN: Spekulasi Syamsul dan Ira Kazar bakal kahwin dalam waktu terdekat, Yusof Haslam harap ia tidak terjadi

Kalau betul Alhamdulillah. Jangan lupa tanggungjawab pada anak-anak.

PUTERI SARAH LIYANA

PELAKON

Nama Ira mula dikaitkan sebagai orang ketiga dalam rumah tangga Syamsul dan isterinya iaitu pelakon Puteri Sarah Liyana.

Puteri Sarah sebelum ini menerima mesej peribadi (DM) di Instagram berkongsi mengenai laporan portal hiburan yang mendakwa suaminya bakal berkahwin dengan Ira.

Memberi reaksi kepada kiriman DM itu, Puteri Sarah turut mengucapkan syukur jika apa yang dilaporkan itu benar.

Ira Kazar

Ira didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah.

"Kalau betul Alhamdulillah. Jangan lupa tanggungjawab pada anak-anak," tulisnya di Instagram Story.

Puteri Sarah yang juga seorang aktres itu berkata, selain DM itu dia juga mendengar banyak khabar sama yang disampaikan orang sekeliling.

Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 3.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain