suria

Syamsul Yusof kau menyorok di mana? Puas wartawan mStar cari tapi tak jumpa

Syamsul tidak muncul ketika sidang media bersama barisan pelakon dan penerbit selepas tayangan filem diadakan.

INGAT tak pada November tahun lalu, Syamsul Yusof pernah meluahkan rasa kurang senang terhadap portal mStar kerana tidak berpuas hati dengan laporan yang disiarkan mengenai rumah tangganya.

Rentetan itu Syamsul menerusi media sosialnya berhasrat menemui wartawan mStar bagi menyelesaikan hal berkenaan.

Selepas beberapa bulan berlalu, pihak mStar mahu salah faham yang timbul dapat diselesaikan secara baik.

Justeru, ketika ini mungkin hatinya sudah sejuk dan ia adalah masa sesuai untuk menyelesaikan ketidakpuasan hati itu.

syamsul3

Syamsul bersama pelakon utama filem Mat Kilau, Adi Putra.

Langkah terbaik ialah mencarinya di lokasi yang dia biasanya hadiri iaitu pada acara penting seperti dalam anugerah-anugerah tertentu atau pada pelancaran filem arahannya.

Bertempat di GSC, The Starling Damansara, Selangor pada malam Khamis, mStar hadir selepas diundang untuk menyaksikan filem terbaharu arahan beliau iaitu Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, lakonan Datuk Adi Putra, Wan Hanafi Su, Beto Kusyairy, Fatah Amin dan Johan As’ari.

ARTIKEL BERKAITAN: Kalau betul Syamsul nak kahwin lain, ini pesan ibu kepada keluarga Ira Kazar! - “Jangan ugut anak saya!”

ARTIKEL BERKAITAN: Spekulasi Syamsul dan Ira Kazar bakal kahwin dalam waktu terdekat, Yusof Haslam harap ia tidak terjadi

Jujurnya, filem sejarah ini hebat kualiti penghasilannya, dan tengoklah siapa pengarahnya pula? Semestinya Syamsul.

Tapi sayang, kelibat Syamsul yang ditunggu-tunggu tidak kelihatan berbanding pelakon lain.

Puas pihak mStar mencari dia dari tempat parking kereta sampailah ke belakang panggung, tapi tak berjumpa.

syamsul2

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut hadir memberi sokongan.

Majlis itu sebenarnya besar bagi Syamsul kerana filem yang menelan belanja lebih RM8 juta ini adalah buah tangan hebat dia selepas beberapa lama industri perfileman negara ‘mati’ akibat pandemik Covid-19. Sayang sekali... dia tiada!

Mana kau pergi Sol? Kau menyorok di mana? Itu hari kata nak jumpa bertentang mata?

Sebaliknya pelakon utama iaitu Datuk Adi Putra, Beto Kushairi, Fattah Amin, Datuk Jalaluddin Hassan, Shahrudin Thamby dan Johan As’ari hadir memberi sokongan.

Dia memang nak datang malam ini, tetapi dia demam panas

SHAMIN YUSOF

ADIK SYAMSUL

Turut hadir bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun menurut khabar angin, Syamsul membuat keputusan membatalkan hasratnya mucul kerana bimbang ‘diserbu’ selepas spekulasi panas kononnya dia akan berkahwin lain dalam waktu terdekat ini mula bertebaran.

Apatah lagi bapa dan ibunya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail sudah membuka mulut seakan-akan tidak merestui sekiranya benar Syamsul ingin meneruskan hasratnya memiliki isteri kedua iaitu Ira Kazar.

Sementara itu adik Syamsul iaitu Shamin Yusof berkata abangnya mengalami demam panas dan dinasihati tidak hadir.

“Dia memang nak datang malam ini, tetapi dia demam panas. Saya nasihatkan lebih baik dia tidak datang.

“Bagaimanapun dia akan kata akan berusaha nak datang,” jelasnya.

syamsul1

Yusof Haslam puji filem arahan Syamsul.

Datuk Yusof pula berkata dia sendiri tidak dapat memastikan kehadiran anaknya dalam majlis tersebut dan kali terakhir berjumpa pada 4 Syawal lalu.

“Sebenarnya saya pun tidak tahu dia akan datang atau tidak malam ini. Memang berharap dia akan datang.

“Kali terakhir berjumpa Syamsul pada hari raya keempat baru-baru ini. Saya sempat ucap tahniah atas kejayaan filem ini. Saya melihat hasil kerjayanya sangat bagus,” ujar beliau.

Apa-apa pun kita mengharapkan agar Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang memulakan penggambaran pada 2017 bawah tangan Syamsul ini mampu mengembalikan minat orang ramai menyaksikan filem epik yang amat dekat dengan orang Melayu.

Filem yang bakal menemui penonton pada 23 Jun ini menjalani penggambaran selama 100 hari di Perak serta beberapa lokasi lain seperti Pahang, Melaka dan Selangor.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain