suria

Busana guna 150 unit rambut sebenar, Aina Abdul bukan ‘insecure’ tetapi mahu tonjol pesona berbeza

Penampilan Aina dengan memakai busana berkonsepkan rambut terima pelbagai komen.

PENAMPILAN Aina Abdul memakai busana yang direka menggunakan rambut ketika malam pertama konsert penyanyi itu di Istana Budaya pada Sabtu lalu menerima pelbagai komen.

Rata-rata netizen menganggap disebalik penampilan unik itu sebenarnya Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani tidak yakin dengan dirinya.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 28 tahun ini mengakui dia sememangnya lebih suka menampilkan kelainan selain dapat menonjolkan persona dalam dirinya.

Orang sangka saya tak yakin dengan diri sendiri.

AINA ABDUL

PENYANYI

"Pakai baju ini seperti impian menjadi kenyataan. Dibuat dan dipilih dengan butiran oleh team saya. Banyak saya terima komen, apabila saya jadi berlainan, orang sangka saya tak yakin dengan diri sendiri.

"Tapi sejujurnya, saya sangat suka menjadi lain, sebab ia membantu saya untuk tonjolkan persona dalam diri saya dan bila ada team yang gila-gila macam saya, proses kreatif jadi makin best," katanya.

Konsert A Night With Aina Abdul 2.0 yang berlangsung selama dua malam iaitu pada Sabtu dan Ahad di Istana Budaya, Kuala Lumpur menerima sambutan luar biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Air mata Aina Abdul tumpah terkesan pelbagai isu menjelang konsert, lega dapat lepaskan kekecewaan dalam persembahan

Aina

Aina mahu tampil dengan kelainan.

Selain kemantapan vokalnya, paling mencuri tumpuan adalah busana pertama dikenakan penyanyi lagu Semalam yang mempunyai perincian rambut sebagai material utamanya.

Aina menerusi temu bual bersama media berkata, persalinan rona hitam tersebut terhasil menerusi perbincangan bersama penata gayanya, Abu Shaef Hamza.

Malah busana rekaan Melinda Looi itu menggunakan lebih daripada 150 unit rambut sebenar yang diimport khas untuknya.

"Baju ini berkonsepkan rambut... seperti mana yang anda lihat memang saya memakai baju rambut. Kami sangat bertuah ada pereka fesyen, Melinda Looi," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain