suria

DJ Lin rangkul anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai kali kedua berturut-turut

DJ Lin penerima anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai dua kali berturut-turut.

PENGURUS besar yang juga penyampai radio Suria FM Roslinda Abd Majid atau DJ Lin merangkul Anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai buat kali kedua anjuran majalah antarabangsa, Reader's Digest pada 14 Jun lalu.

DJ Lin memberitahu anugerah tersebut adalah bukti jenama dirinya dan segmen kendaliannya iaitu Suria Cinta terus bertapak kukuh di hati pencinta radio tempatan.

Anugerah itu juga katanya, turut mewakili seluruh keluarga Suria FM dan sokongan keluarga serta pendengar hasil undian daripada rakyat Malaysia yang sentiasa bersamanya sepanjang 23 tahun bertapak dalam industri radio negara.

"Terima kasih yang tidak terhingga buat pihak penganjur, Reader’s Digest dan juga buat keluarga, rakan-rakan media serta para peminat yang sentiasa di sisi sepanjang perjalanan karier seni saya sepanjang berkhidmat sebagai seorang Penyampai Radio.

"Tanpa sokongan daripada semua pihak, saya tidak akan berada di tahap ini justeru, anugerah yang dirangkul akan menjadi pemangkin semangat untuk beliau terus berusaha memberikan yang terbaik buat semua pendengar setia Suria FM sekaligus mengangkat nama dan prestasi jenama Suria di tahap yang lebih membanggakan," katanya kepada mStar.

BKL_6527

Anugerah Reader’s Digest Trusted Brands ke-24 yang berlangsung baru-baru ini.

Tahun lalu, DJ Lin turut menerima anugerah sama dan menariknya trofi Penyampai Radio Paling Dipercayai tahun ini merupakan anugerah ke-11 buat DJ Lin.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 23 tahun jadi penyampai radio, DJ Lin teruja pertama kali jejak kaki di negara Eropah

Anugerah Reader’s Digest Trusted Brands ke-24 mengiktiraf jenama yang dipercayai berdasarkan undian daripada 8,000 individu yang telah dipilih daripada lima buah negara antaranya Malaysia, Singapura, Filipina, Hong Kong dan Taiwan.

Sementara itu, DJ Lin yang baharu sahaja kehilangan ibunda tercinta pada 24 Jun lalu turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sudi menghulurkan salam takziah kepadanya termasuk mendoakan kesejahteraan Allahyarham ibunya, Puteh Jantan.

Kekal mendengarkan Suria Cinta setiap hari Ahad hingga Jumaat pada jam 8.00 malam hingga 1.00 pagi di frekuensi Suria FM atau menerusi aplikasi Suria Malaysia dan saluran youtube SuriaTV.

Ikuti media sosial @djlinsuriacinta dan @suriamalaysia untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai DJ Lin dan Suria FM.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain