suria

Selepas 23 tahun jadi penyampai radio, DJ Lin teruja pertama kali jejak kaki di negara Eropah

DJ Lin berada di Sweden untuk Persidangan Radio Eropah 2022.

PENYAMPAI radio Suria FM, DJ Lin meluahkan rasa teruja apabila berpeluang melawat empat buah negara iaitu Denmark, Sweden, Britain dan Perancis selama 10 hari.

Menurut DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, ini merupakan kali pertama dia menjejakkan kaki di negara berkenaan dan mengakui hanya pernah ke luar negara bagi menunaikan ibadah umrah pada tahun 2010 dan 2012.

ARTIKEL BERKAITAN: DJ Lin terima anugerah Penyampai Radio Berpengaruh... Lengkapkan 10 trofi susun sebelah rak TV

"Teruja sangat sebab sepanjang hidup saya hanya pergi luar negara ketika menunaikan umrah pada 2010 dan 2012... saya pergi Makkah dan Madinah. Itu saja pergi luar negara.

Saya anggap ini adalah rezeki... satu trip dapat empat negara terus.

DJ LIN

PENYAMPAI RADIO SURIA FM

"Selepas itu memang tak ada. Tak sangka pula dah 23 tahun dalam dunia radio, sekali dapat pergi empat buah negara... Denmark, Sweden, Britain dan Perancis.

"Saya anggap ini adalah rezeki... satu trip dapat empat negara terus. Bagi saya, sangat bersyukur dengan rezeki dan kenangan 2022," katanya kepada mstar.

DJ Lin memaklumkan dia kini berada di MALMO MASSAN, Malmo Sweden untuk Persidangan Radio Eropah 2022 dan seterusnya akan berangkat ke Denmark, London dan Paris.

Persidangan tersebut menghimpunkan ramai penggiat, pengamal dan peneraju industri radio dari seluruh dunia.

DJ Lin

DJ Lin teruja dapat pergi ke empat buah negara.

Pelbagai pengisian dalam bentuk bual bicara dan perkongsian pengalaman berkenaan isu-isu yang berkaitan dunia radio dibincangkan selama tiga hari dari 15 hingga 17 Mei.

Dalam pada itu, penyampai radio berusia 46 tahun ini mengakui biarpun teruja namun dia tetap berasa gementar dan bimbang sekiranya tidak dapat pulang ke Malaysia.

"Memang gementar dan dalam pada masa sama, teruja sangat. Takut pun ya sebab tak dapat balik Malaysia... takut apa-apa jadi dekat kita.

"Sebab itu saya selalu minta pendengar Suria FM dan peminat doakan saya selamat pergi dan balik. Pulang ke Malaysia untuk sambung tugas di Suria Cinta," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain