suria

Selepas 7 hari kelahiran, Mira Filzah umum nama anak Wan Khair Amir… Siap wujudkan IG untuk bayi sulung

Mira dan suami umum nama anak sulung.

SELEPAS tujuh hari melahirkan cahaya mata pertama, pelakon Mira Filzah dan suami Wan Emir Astar mengumumkan nama anak lelaki mereka itu.

Menerusi Instagram, pasangan ini berkongsi nama penuh anak mereka iaitu Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.

"Hari ini hari ketujuh bersama putera tersayang kami, dengan rasa penuh keinsafan dan kesyukuran kami menamakan putera kami Wan Khair Amir bin Wan Emir Astar.

ARTIKEL BERKAITAN: Mira Filzah dipuji tetap cantik selepas bersalin, netizen harap tak tampal ‘sticker’ pada wajah anak

ARTIKEL BERKAITAN: Mira Filzah selamat bersalin bayi lelaki, kongsi tarikh lahir sama 9 Syawal

"Khair membawa makna ‘baik, elok’, juga diambil daripada nama arwah papa (Wan Mohammad Khair-il Anuar).

"Amir pula bermaksud ‘orang yang memegang perintah, pemimpin’, juga diambil sebagai variasi daripada nama kami berdua Emir dan Amirah," kata pasangan ini pada Isnin.

mira 2

Perkongsian pasangan ini di Instagram.

Bersama hantaran tersebut, Mira dan suami turut berkongsi foto Wan Khair Amir daripada pandangan sisi dan menyertakan akaun Instagram bayi berkenaan.

Pelakon dan pengacara popular itu selamat melahirkan anak pertamanya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, pukul 3.40 pagi pada 10 Mei lalu bersamaan 9 Syawal.

Moga sunnah Rasulullah SAW terus hidup dan mekar dalam setiap langkah kehidupanmu wahai putera kami

MIRA FILZAH / WAN EMIR ASTAR

PASANGAN SELEBRITI

Berita gembira itu dikongsi Emir yang turut memberitahu tarikh kelahiran anak mereka sama dengan tarikh lahir Mira mengikut kalendar Islam.

Dalam pada itu, Mira memberitahu dia juga sudah menjalankan ibadah tahnik dan bercukur untuk anak sulung mereka itu.

mira 3

Tahnik dan bercukur turut diadakan pada Isnin.

"Alhamdulillah, ibadah tahnik dan bercukur juga selamat dilaksanakan, jazakkallahu khairan buat Ustaz Don Daniyal kerana meluangkan masa untuk bersama kami dalam majlis keluarga ini.

"Moga sunnah Rasulullah SAW terus hidup dan mekar dalam setiap langkah kehidupanmu wahai putera kami.

"Ya Rabb, kami akan usaha, mengharap dan bertawakkal kepada-Mu, agar dipimpin setiap langkah Wan Khair Amir dalam menempuh kehidupan di bumi-Mu ini, membesar sebagai anak yang baik dan soleh dan menjadi insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air,” ujarnya.

Untuk rekod, Mira mendirikan rumah tangga dengan anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu pada 3 September 2020.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain