suria

Noraniza Idris gembira Siti Nurhaliza sambut baik pelawaan jadi tetamu VIP konsert, mahu jemput ramai lagi penyanyi irama Malaysia

Noraniza syukur Siti Nurhaliza terima jemputan jadi tetamu VIP di konsertnya nanti.

PENYANYI Noraniza Idris meluahkan rasa syukur apabila Datuk Seri Siti Nurhaliza menyambut baik pelawaan menghadiri konsert terakhirnya yang akan diadakan pada Oktober depan.

Menurut Noraniza, 53, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk menjemput penyanyi-penyanyi yang memartabatkan irama Malaysia termasuklah Siti Nurhaliza sebagai tetamu kenamaan (VIP) pada malam itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Noraniza Idris ‘copy’ topi Siti Nurhaliza? Pereka aksesori ada jawapan - “Tak ada istilah siapa tiru siapa... fesyen begini dah ramai orang pakai”

"Alhamdulillah... saya bersyukur pelawaan saya itu diterima baik oleh Siti. Niat saya memang nak jemput VIP datang konsert saya.

Noraniza Idris

Noraniza bakal adakan konsert pertamanya pada Oktober depan.

"Dari awal lagi saya rancang untuk buat konsert nak ajak Siti datang sebagai tetamu VIP. Konsep konsert saya nak memartabatkan genre Irama Malaysia.

"Siti pun antara salah seorang penyanyi yang menaikkan genre tersebut. Saya pun memang berhasrat untuk jemput semua penyanyi irama Malaysia," katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani meluahkan hasrat mahu mengundang Siti Nurhaliza sebagai tetamu kenamaan pada malam konsert itu.

Pelawaan Noraniza itu mendapat maklum balas positif apabila Siti memaklumkan dia bersedia untuk hadir menonton jika tiada sebarang halangan.

Konsep konsert saya nak memartabatkan genre Irama Malaysia.

NORANIZA IDRIS

PENYANYI

Konsert Malai Solo itu dijangka berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur sekitar Oktober depan.

Untuk rekod, Siti dan Noraniza pernah bernaung di bawah label syarikat rakaman yang sama namun hubungan mereka didakwa ‘dingin’.

Pelbagai spekulasi yang timbul namun masing-masing selesa bersikap profesional dan tidak pernah mencetus sebarang provokasi.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Intan Payung ini memberitahu dia akan mula melakukan persediaan dari segi mental dan fizikal pada Jun depan.

Pertama kali mengadakan konsert lebih 30 tahun dalam industri, Noraniza mengakui dia mempunyai perasaan bimbang dengan jangkaan peminat terhadapnya.

Noraniza Idris

Noraniza mahu turunkan berat sebanyak 20 kilogram sebelum konsert.

"Ikutkan awal Jun nanti baru saya akan mula buat pra persediaan menjelang konsert. Untuk kongsi lebih mengenai konsert itu tak boleh la.

"Kena tunggu sidang media yang akan diadakan. Sejujurnya saya ada juga perasaan takut peminat tak sabar nak tengok konsert sebab ini kan konsert pertama saya.

"Saya kena buat betul-betul dan tak boleh ada kesilapan sikit pun. Saya pun dah kena buat persediaan dari segi tenaga antaranya nak kena turunkan 20 kilogram sebelum konsert," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain