suria

Gimik ‘marketing’ guna duit palsu melampau… TikTokers buat laporan polis, anggap drama dua influencer kotor tak bermaruah

TINDAKAN dua personaliti media sosial iaitu Puteri Sari dan Siti Jamumall mencipta gimik pergaduhan wang palsu menimbulkan rasa kurang senang sekumpulan pengguna TikTok Malaysia.

Tampil membuat laporan polis, individu bernama Azrul Affandi Sobry berkata tindakan kedua-dua wanita ini melampau dan tidak bermaruah.

Kata pemilik akaun TikTok Pencerita TV ini, tindakan mereka itu juga memperlekehkan undang-undang negara.

“Lebih mengecewakan bila pendedahan daripada mereka yang pergaduhan tersebut memang sudah dirancang dan mahu pergi lebih jauh lagi.

“Asalnya kata tiga hari tapi nak pergi lebih lagi seminggu sebulan eh melampau bagi saya.

“Ini yang saya katakan ia satu strategi marketing yang tiada maruah sorry to say tiada maruah,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod jumlah tontonan video pergaduhan di antara Puteri Sari dan Siti Jamumall kini sudah mencecah lebih 13 juta tontonan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi