suria

Muka seiras Nurul Ain dalam ‘7 Hari Mencintaiku’, gadis ini dituduh ‘try hard’ nak nampak sama… Siap kena perli, netizen maki

GARA-GARA wajahnya seiras seperti watak Nurul Ain dalam drama 7 Hari Mencintaiku 3, seorang wanita bernama Hurin Ain Imani menerima pelbagai komen daripada netizen.

Selain dituduh try hard untuk nampak sama seperti watak Nurul Ain yang dilakonkan oleh Wafariena Roslan, Hurin Ain Imani Abdul Azis, 21, juga terpaksa berdepan sindiran dan usikan teman-teman.

“Mereka kata saya try hard nak jadi macam Nurul Ain, siap buat mata kuyu, padahal mata saya memang macam ini.

“Lepas itu mereka kata saya perasan nak jadi Nurul Ain tapi tak sama pun... sejujurnya saya tak rasa sama pun tapi orang sekeliling yang kata muka kami sama.

“Kalau saya pergi ke universiti pun mereka perli-perli tapi saya layankan sajalah,” katanya kepada mStar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi