suria

Warga emas dibelasah lelaki hampir hilang sabar, malu depan isteri dituduh tunjuk ‘jari tengah’

WARGA emas dikenali sebagai Zainoldin yang menjadi mangsa pukul seorang pemuda baru-baru ini tampil menjawab dakwaan kononnya dia melakukan tindakan provokasi hingga terjadinya insiden tersebut.

Kata Zainoldin, 61, dia malu dengan orang kampung apabila timbul cerita tidak benar kononnya dia menunjukkan isyarat 'jari tengah' kepada pemuda berusia 23 tahun itu.

"Saya tak buat benda tu! Saya pun tak faham jari mana yang saya tunjuk.

“Sampaikan saya tanya isteri sebab dia saksi, saya tanya dia... adakah saya beri hon? Adakah saya tegur apa-apa silap? Orang rumah saya kata tak ada.

“Tuduhan itu satu fitnah, saya malu dengan orang kampung. Ini merupakan satu fitnah,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, anak lelaki Zainoldin iaitu Muhammad Azzali Zainol Din, 32, berkata dia turut terkesan dengan insiden berkenaan dan mengakui bengang apabila mengetahui bapanya dipukul.

"Kalau ikutkan hati, apabila kita tengok ayah sendiri kena pukul memanglah ada rasa nak pukul balik.

"Jujur saya katakan ketika itu saya sangat marah tapi selepas berbincang dengan ayah, ayah meminta untuk memaafkan sahaja," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi