suria

Ramai gadis bertudung tertarik sertai sukan gusti selepas tengok Nor ‘Phoenix’ Diana… Tapi betul ke nanti lelaki takut nak dekat?

PENGLIBATAN atlet gusti bertudung dikenali Nor 'Phoenix' Diana membuka mata ramai wanita lain untuk menyertai sukan lasak berkenaan.

Menurut Diana, 22, ada wanita berhijab yang menjadikannya sebagai idola dan menyatakan hasrat untuk terlibat sama dalam sukan gusti ini.

"Di Singapura ada seorang wanita yang memberitahu mendapat inspirasi menyertai sukan ini kerana saya, malah di Malaysia pun ada seorang gadis bertudung sedang menjinakkan diri dengan sukan lasak ini.

"Bagi saya mudah sahaja, kalau ada minat tak salah cuba... buat sahaja apa yang anda suka. Saya pun sendiri tak menjangka wrestling ini akan jadi satu kerjaya untuk saya.

"Semasa mula-mula menyertai sukan ini sambutan atlet dari negara lain sangat baik. Mereka pun pertama kali tengok wanita bertudung sertai gusti," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Diana turut memberitahu dia pernah putus asa apabila membaca komen negatif netizen yang mempertikaikan penglibatannya dalam sukan lasak itu.

Antara yang dikecam netizen ialah mengenai imejnya bertudung dan memakai baju ketat semasa berada dalam gelanggang gusti.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi