suria

[VIDEO] Hargai pejuang barisan hadapan komuniti... Agrobank-mStar kongsi nikmat Ramadan bersama petugas DBKL

PERANAN pihak berkuasa tempatan (PBT) sememangnya begitu penting dalam sesuatu kawasan bagi memastikan segala perancangan bandaraya dan perkhidmatan yang diberikan kepada komuniti.

Boleh dikatakan peranan PBT tidak kurang pentingnya seperti petugas barisan hadapan yang memastikan kesejahteraan masyarakat.

Sehubungan dengan itu, selaku peneraju dalam pembiayaan pertanian dan perbankan, Agrobank tidak ketinggalan melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebagai tanda menghargai peranan dan sumbangan PBT.

ARTIKEL BERKAITAN: Agrobank bersama mStar kongsi nikmat Ramadan... Hargai penuntut UPM, seru tingkat prestasi

ARTIKEL BERKAITAN: Agrobank bersama mStar kongsi nikmat hargai pengorbanan frontliners, agih sumbangan di PKRC Maeps

Untuk siri program Kongsi Nikmat 2022 kali ini, Agrobank memilih untuk menyantuni petugas-petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurut Ketua Perbankan Komersial Agrobank, Azman Md Isa, pemilihan untuk menyantuni DBKL adalah kerana mahu menghargai sumbangan besar PBT itu untuk masyarakat di bandaraya Kuala Lumpur.

kn 3

Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Nasarudin Daharun (kiri); Ketua Perbankan Komersial Agrobank, Azman Md Isa dan Ketua Pegawai Perniagaan Star Media Group, Lydia Wang ketika program Kongsi Nikmat Agrobank-mStar bersama DBKL.

"Mereka adalah petugas barisan hadapan yang menjaga kawasan kita supaya perjalanan lancar walaupun dalam keadaan panas terik dan hujan, terutamanya dalam bulan Ramadan yang pastinya lebih mencabar ini.

"Mereka juga turut menjaga keselamatan kemudahan di sekitar kawasan bandaraya Kuala Lumpur. Jadi kita harus menghargai pengorbanan dan perjuangan barisan hadapan ini.

"Menerusi DBKL, kita juga ingin meluaskan capaian kepada komuniti setempat dimana Agrobank beroperasi, terutamanya di kawasan luar bandar dan sekaligus menyantuni komuniti yang kurang mendapat liputan dan perhatian," ujarnya.

Mereka ini barisan hadapan yang menjaga kawasan kita supaya perjalanan lancar dalam panas terik dan hujan, lebih-lebih lagi ketika di bulan puasa.

AZMAN MD ISA

KETUA PERBANKAN KOMERSIAL AGROBANK

Menerusi program Kongsi Nikmat 2022 dengan kerjasama mStar, Agrobank tampil memberi sumbangan kepada petugas-petugas DBKL.

Turut hadir dalam program berkenaan adalah Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Nasarudin Daharun, Ketua Pegawai Perniagaan Star Media Group, Lydia Wang dan Ketua Pengarang Berita mStar, Niezam Abdullah.

Tambah Azman, sepanjang tahun Agrobank turut merangka dan telah melaksanakan beberapa program CSR lain demi memperluas capaian dengan komuniti sasaran.

"Selain Kongsi Nikmat, kita turut menjalankan program bersama golongan asnaf, Orang Kelainan Upaya (OKU), dan pelbagai lagi komuniti lain yang memerlukan termasuklah semasa penularan puncak COVID-19 dan banjir baru-baru ini. Ini sesuatu yang boleh kita teruskan untuk meluaskan lagi capaian khidmat komuniti Agrobank dalam memberi sumbangan dan bantuan terutamanya kepada mereka yang memerlukan pada bulan Ramadan ini," ujarnya.

kn 4

Sekitar program Kongsi Nikmat Agrobank-mStar dengan DBKL.

Dalam masa yang sama, Azman melahirkan harapan agar program CSR sebegini seperti Kongsi Nikmat ini akan dapat terus dilaksanakan sebagai satu usaha berterusan untuk pihaknya meluaskan capaian khidmat komuniti Agrobank.

Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua Agrobank bekerjasama dengan mStar dalam menjayakan program Kongsi Nikmat ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain