suria

Tak sengaja masuk Berita TV3 semasa sakan menari, amoi cantik disangka kurang siuman... Ramai puji manis berbaju kebaya

BARU-BARU ini tular rakaman video memperlihatkan aksi seorang gadis Cina sedang sibuk menari di tempat umum mencuri tumpuan ramai.

Ia mula menjadi perbualan hangat netizen apabila gelagat gadis tersebut dirakam secara tidak sengaja dalam laporan Buletin Utama TV3.

Menurut gadis berkenaan dikenali sebagai Gigi Cheoh, 31, dia juga tidak menyangka video tersebut menjadi tular di media sosial.

"Reaksi pertama saya bila nampak video saya dalam berita TV3 memang terkejut sebab saya tak sangka.

"Saya rasa agak malu sebab nampak pelik dan macam orang gila menari seorang diri.

"Semua ni saya tak rancang pun tiba-tiba saja jadi viral," katanya kepada mStar.

Gara-gara video viral itu, penyampai radio sambilan di sebuah stesen radio tempatan ini berkata jumlah pengikutnya di aplikasi TikTok bertambah.

“Pengikut saya bertambah puluhan ribu, memang terkejut sangat.

"Ada yang tanya tak nak jadi pelakon ke? Saya masih belum terfikir lagi mengenai perkara itu, tapi kalau ada peluang saya akan cuba," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi