suria

Selamba betulkan seluar depan juri, gadis ini buat kelakar sertai uji bakat Dewi Remaja... Netizen suruh masuk Maharaja Lawak

PERWATAKAN yang lucu membuatkan Salwa dikenali sebagai peserta yang menghiburkan semasa hadir ke sesi uji bakat pencarian Dewi Remaja untuk tahun ini.

Cerita Salwa atau Salwa Salsabila Zalfan, 25, dia rasa sangat bangga selepas mampu membuatkan juri profesional terhibur dengan bakatnya.

“Sebenarnya saya pergi uji bakat tu untuk cabar diri, saya nak orang yang profesional komen tentang bakat saya.

“Kalau ikutkan saya tak layak pun jika dibandingkan dengan peserta lain. Saya merepek je tapi tak sangka juri terhibur.

“Namun matlamat saya sudah tercapai apabila juri kata kehadiran saya buatkan mereka tidak mengantuk,” katanya kepada mStar.

Salwa hadir ke uji bakat pencarian Dewi Remaja pada 27 Mac lalu di Kumpulan Media Karangkraf.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi