suria

Graduan OKU ini kena ‘sidai’ dengan bakal majikan, janji nak panggil temuduga tapi senyap selepas hantar resume

HASRAT pemuda ini untuk mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian dalam bidang perbankan dan kewangan Islam masih tidak kesampaian.

Semuanya gara-gara statusnya sebagai pemegang kad orang kelainan upaya (OKU) sejak menghidap penyakit Psammomatoid Fibrous Dysplasia atau ketumbuhan bukan kanser pada bahagian muka sejak berusia empat tahun.

Cerita Muhamad Rafizan Amran atau Pijan, 25, dia pernah beberapa mendapat panggilan temuduga namun akhirnya ditolak selepas mengetahui tentang penyakit yang dihidapinya itu.

“Selepas mereka tengok muka saya semasa temuduga dan berpenyakit... mereka tolak permohonan saya.

“Dia cakap dia akan call tapi sampai sekarang dia khabar berita.

“Ada yang dia call namun lepas tengok resume, terus mereka diamkan diri,” katanya kepada mStar.

Pijan merupakan graduan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam jurusan perbankan dan kewangan Islam.

Untuk rekod, selain ketumbuhan pada wajah, Pijan juga mengalami buta kekal sejak 2012 pada mata sebelah kiri.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi