suria

Pemilik kafe tak panggil Kak Long buat ‘review’, dakwa video dirakam sebelum insiden mengamuk di 7E

GARA-GARA memuat naik video review makanan daripada Kak Long, pemilik restoran dikecam hebat oleh netizen.

Cerita Muhammad Ridzuan, 26, video review itu adalah rakaman lama sebelum wanita itu tular mengamuk di 7E lagi.

Dia menjelaskan bahawa Kak Long tidak dipanggil mahupun dibayar untuk membuat review makanan di kafe itu.

“Kehadiran Kak Long ke kafe saya waktu itu bukannya saya yang panggil dia untuk buat review.

“Tapi Kak Long dari dulu lagi dia memang suka datang mana-mana kedai dia akan buat live,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu Ridzuan turut meluahkan perasaan sedih apabila segelintir netizen yang ingin memboikot kafe miliknya itu.

“Saya amat sedihlah takkan sebab Kak Long melakukan kesalahan macam tu kita nak hukum dia,” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi