suria

Pengantin bertumbuk di majlis kahwin sendiri, tapi netizen hanya ketawa... Ramai tegur teknik ‘marketing’ bergaduh tak sesuai

VIDEO seorang pemuda bergaduh dengan pengacara di majlis perkahwinan sendiri mengundang rasa kurang senang netizen.

Rata-rata dapat menghidu bahawa ia hanyalah untuk content media sosial.

Namun kata mereka, ia tidak sesuai kerana majlis perkahwinan sepatutnya diraikan dalam suasana gembira dan bukannya dengan gimik seperti itu.

Cerita Mohammad Fitri Khairul Nizam Hisham, 23, itu adalah sebahagian daripada perancangannya untuk memberi kejutan sempena hari kelahiran isteri tercinta.

“Kalau orang kata tak indahlah bergaduh masa majlis perkahwinan... tapi selepas pergaduhan saya sambut birthday wife dengan memberi 1,000 kuntum bunga ros.

“Sengaja saya post video bergaduh tu kerana saya nak orang tengok juga video kejutan untuk isteri... ini cara saya,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod Fitri selamat diijabkabulkan dengan isteri Nur Kiasatina Hannani Mohd Ezanee, 23 pada 2 Februari lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi