suria

Tebal muka masuk kenduri kahwin tak diundang, ada yang tegur haram makan! Gadis ini cuba ‘DM’ pengantin perempuan minta halal

TERSALAH melihat tarikh menjadi punca wanita bernama Siti Nawwarah menanggung malu apabila menghadiri majlis persandingan tanpa jemputan.

Lebih memalukan apabila Siti Nawarrah, atau Wara, 20, serta teman lelakinya sudah menikmati hidangan kenduri berkenaan sebelum menyedari mereka adalah tetamu tak diundang.

“Ada yang tegur dengan mengatakan haram makan makanan kenduri yang tak diundang. Saya pun tahu tentang hal itu.

“Sebab itu saya hantar mesej di Instagram pengantin perempuan, jelaskan apa yang terjadi dan minta dia halalkan makan dan minum kami,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini Wara berkongsi pengalaman memalukan itu di TikTok dan ia mendapat respons pelbagai daripada netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi