suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gadis dapat sebelah kasut Lee Zii Jia tergamam, hajat hanya nak tengok depan-depan... Tak sangka terima hadiah saiz 12!

KEMENANGAN skuad lelaki negara dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) nyata mencuri tumpuan ramai selepas menumpaskan juara bertahan, Indonesia 3-0 dalam perlawanan yang diadakan di Setia City Convention Centre pada Sabtu lalu.

Namun di sebalik kejayaan tersebut, salah seorang peminat Lee Zii Jia dikenali sebagai Shikin meluahkan rasa teruja apabila menerima hadiah sebelah kasut jaguh berkenaan.

Paling menarik kasut bersaiz 12 itu siap ditandatangani Zii Jia.

“Ini adalah unexpected moment sebab tak sangka dapat kasut tu. Pasa awalnya sekadar nak tengok atlet secara live cukuplah.

“Hari yang bertuah untuk saya. Waktu Zii Jia keluar saya hanya record video je tapi tiba-tiba dia hulurkan kasut, saya terus grab dan dapat!

“Tak expect dan saya sangat gembira,” katanya kepada mStar.

Walaupun menerima pelbagai tawaran daripada peminat Lee Zii Jia yang lain untuk membeli kasut tersbut namun Shikin tidak bercadang untuk menjualnya.

Kata Shikin dia akan simpan kasut tersebut sebagai kenangan yang terindah buat dirinya.

“Ya saya banyak terima DM daripada orang kat luar sana yang offer nak beli kasut tersebut.

“Saya memang tidak bercadang untuk menjual kasut tersebut sebab saya akan masukkan dalam kotak sebagai kenangan,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi