suria

Terlibat kemalangan ngeri, mangsa sangka kena scam dengan Cina ‘tow truck’… Tapi tak sangka ‘duit kopi’ pun dia tolak!

NGERI dan menakutkan!

Situasi yang dilihat menerusi rakaman kamera 'dashboard' atau 'dashcam' sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan di sekitar kawasan Ulu Bernam, Selangor baru-baru ini cukup mendebarkan.

Namun berpantang maut sebelum ajal apabila Anas atau Muhammad Anas Nasrudin, 29, bersama isteri serta anak mereka yang berusia lima bulan selamat tanpa sebarang kecederaan.

"Pada 12 Februari lalu saya dalam perjalanan balik kampung di Kedah sebab ada kenduri. Plan nak sampai sana pada waktu Subuh.

"Isteri saya dan anak duduk dekat belakang, tiba- tiba masa tu sebuah lori masuk lorong kami paling kanan," katanya kepada mStar.

Bagaimanapun, Anas pasrah dan reda dengan apa yang berlaku kerana percaya ada hikmah di sebalik semua ini.

Dalam pada itu Anas juga melahirkan rasa syukur apabila muncul seorang pemuda berbangsa Cina yang sudi membantu.

"Saya juga tak sangka ketika kemalangan tu ada seorang pemuda berbangsa Cina nama Ah Sang bantu saya.

"Dia yang bantu 'tow' kereta dan bawa kami ke pusat servis. Awalnya saya tak percaya sebab ingatkan kemalangan ni dirancang," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Anas, kelangan, nyaris maut
Semua
Hiburan
Berita
Variasi