suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penat buat OOTD dalam laut pakai baju pengantin, netizen selamba gelak tengok hasil... Nasib baik ‘mermaid’ tak terasa hati

BARU-BARU ini tular video seorang wanita berpakaian pengantin melakukan sesi penggambaran di dasar laut sehingga digelar ‘pengantin mermaid’.

Walaupun ramai yang kagum dengan kesungguhannya, namun tak kurang juga yang memperlekehkan usaha dia dan rakan-rakan penyelam selepas melihat hasilnya.

Namun menurut Nazeyra Fadzaauny atau mesra dipanggil Eyra, 36, dia tidak terasa hati walaupun ditertawakan netizen kerana menyedari mereka tidak faham situasi yang perlu dilaluinya.

“Mereka belum tahu fasal diving malah tak ada pengalaman. Saya berani jamin kalau mereka tenggelam, mesti akan panik.

“Jadi kenapa saya nak kena kecil hati dengan orang yang ketawa tu sebab mereka tak pernah buat... saya dah buat dan saya tahu betapa susahnya.

Photographer pun dah cakap tiada pun gambar yang okay,” katanya kepada mStar.

Sehingga kini video sesi penggambaran video ‘pengantin mermaid’ yang dilakukan di Pulau Tioman, Pahang itu menerima 2.5 juta tontonan di TikTok.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi