suria

Peniaga ‘merpati pelangi’ boleh diambil tindakan dera haiwan, doktor veterinar minta hentikan kerja tak masuk akal

TERPANGGIL memberikan pendapat terhadap isu viral ‘merpati pelangi’, seorang doktor veterinar menegaskan perbuatan tersebut sebagai satu penderaan terhadap haiwan.

Dr Salehatul atau nama penuhnya Salehatul Khuzaimah Mohamad Ali, 37, berkata, mewarnakan burung merpati menggunakan semburan cat adalah satu penganiayaan terhadap haiwan dan tidak masuk akal.

“Itu adalah salah satu penganiayaan haiwan yang mungkin orang menganggap benda kecil... spray je pun bukan ada apa pun,

“Tapi secara tidak langsung apabila melibatkan bahan-bahan yang toksik pada haiwan tersebut adalah satu kes penganiayaan,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Salehatul turut berkata, pelbagai kesan buruk mungkin boleh terjadi kepada burung merpati yang diwarnakan itu.

“Boleh memudaratkan dari segi sistem pernafasan kalau contoh aerosol termasuk dalam hidung and then dia akan effect pada paru-paru,” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi