suria

Pelajar miskin buat 10 kerja sambilan, tak malu jadi ‘guard’ demi cari duit belajar

DUGAAN semasa zaman belajar di universiti atau kolej berbeza-beza bagi setiap orang.

Tidak terkecuali Mohamad Shahrul Nazmi Zakaria, 26, yang berkongsi mengenai usahanya mencari wang untuk menyara diri ketika menyambung pengajian di Universiti Selangor (Unisel), Shah Alam, Selangor.

Menurut pemuda yang menetap di Kajang, Selangor ini, dia pernah melakukan 10 jenis kerja sambilan seperti berniaga air di bulan puasa, sales promoter, buggy driver, mengajar kelas tambahan dan banyak lagi semata-mata untuk mencari wang demi meneruskan kehidupannya sebagai mahasiswa.

"Masa saya belajar dulu saya buat pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) sebab keluarga saya orang susah. Ayah saya dah meninggal masa saya umur enam tahun lagi.

"Adik beradik semua tak nak susahkan mak masa tu sebab dia pun tak kerja. Cuma ambil upah jahit baju dan mengasuh anak jiran-jiran je," katanya kepada mStar.

Namun di sebalik kesusahan dan susah payah berusaha untuk berjaya serta mendapatkan sesuatu sejak kecil lagi, apa yang dilaluinya ternyata banyak mengajarnya mengenai erti kehidupan yang sebenar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi