suria

Pasangan ini terkejut dapat tahu jadi pembawa talasemia, bimbang bayi dalam kandungan terkesan

TERKEJUT dan sedih apabila diberitahu pembawa Talasemia, pasangan Anis Nur Elyani dan Ahmad Asyraf Hafidzin menganggap ia sebagai ujian buat mereka.

Lebih parah, Anis Nur Elyani Rosdi, 27, mengetahui perkara itu ketika usia kandungannya memasuki 17 minggu.

“Doktor suruh buat saringan Talasemia... bila buat saya memang pembawa Beta Talasemia.

“Dah keluar keputusan saya, doktor suruh buat husband la pula... jadi bila keluar keputusan dia pun pembawa.

“Masa keluar keputusan saya okey lagi tapi bila keluar keputusan ujian suami juga pembawa, saya jadi down sangatlah,” Katanya kepada mStar.

Tambah Anis ketika itu dia juga bimbang dengan bayi dalam kandungan yang mungkin menjadi penghidap penyakit tersebut.

“Kita dapat tahu saya sudah 17 minggu jadi doktor cuma fokus untuk teruskan kandungan.

“Doktor kata 25 peratus dia mungkin penghidap, 50 peratus pembawa dan 25 peratus dia normal.

“Untuk kehamilan akan datang doktor minta saya rancang dahulu,” ujarnya.

Untuk rekod, Anis dan Ahmad Asyraf Hafidzin Mohamad, 27, mengetahui mereka merupakan pembawa Talasemia pada bulan April tahun lalu.

Selain itu, Anis dan Asyraf telah dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Athia El Inara yang kini berusia tiga bulan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi