suria

Tunggu 10 tahun dapatkan zuriat, tapi wanita ini diuji lagi... Suami meninggal dunia ketika kandungan 7 bulan

KIRA-KIRA dua bulan lagi sebelum zuriat pertama dilahirkan, wanita bernama Noradilah Abd Kadir ini berdepan ujian berat apabila suami tersayang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika sedang bertugas.

Cerita Noradilah atau mesra disapa Dila, 36, kesedihan yang ditaggungnya itu sukar digambarkan apabila suaminya, Mohd Ikram Bakri, 39, tidak sempat menatap wajah zuriat yang mereka nanti-nantikan sejak 10 tahun itu.

“Buat masa ini anak dalam kandungan ini adalah semangat saya, saya fikirkan masa depan dia.

“Terlalu banyak kenangan indah bersama arwah suami ketika saya kandungkan anak dia ni... dia terlalu manjakan saya.

“Tapi saya perlu kuat, anak yang bakal lahir ni adalah amanah yang suami tinggalkan... saya perlu jaga sebaiknya,” katanya kepada mStar.

Dila berkahwin dengan Mohd Ikram pada 12 Mac 2011 dan kini usia kandungannya sudah berusia tujuh bulan.

Untuk rekod Mohd Ikram meninggal dunia pada 5 Januari lalu akibat serangan jantung ketika sedang bertugas membersihkan rumah mangsa banjir di Bukit Lanchong, Subang Jaya, Selangor.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi