suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cerita ‘Abang Viva’ hero banjir kesayangan Malaysia... Selesa gerak solo - “Kalau ikut NGO kena tunggu arahan”

TERKENAL dengan jolokan ‘Abang Viva’, pemuda berasal dari Melaka ini berkata dia selesa untuk bergerak secara bersendirian dalam membantu mangsa-mangsa banjir pada masa akan datang.

Menurut Azwan Omar, 29, dia ada menerima pelawaan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk bekerjasama namun masih belum bersedia untuk terikat dengan mana-mana kumpulan.

“Ada juga NGO yang nak bergabung dengan saya tapi bagi saya, saya lebih suka jalan sendiri.

“Saya tak nak terikat dengan mana-mana badan NGO atau yang berkaitan.

“Apabila dah terikat dengan NGO ni saya rasa macam kita perlu tunggu arahan... perlu minta kebenaran untuk selamatkan orang atau bantu orang lain. Ia susah untuk saya,” katanya kepada mStar.

Kisah mengenai Azwan tular di media sosial selepas sanggup datang dari Melaka ke Selangor dengan hanya berbekalkan wang sebanyak RM50 bagi menyelamatkan mangsa banjir di Selangor baru-baru ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi