suria

Pelanggan ‘siakap kayangan’ cerita detik-detik panik tak cukup cash nak bayar bil, dapat ikan 5kg macam nak buat kenduri

SEJAK cerita 'siakap kayangan' tular di media sosial, banyak pihak mula mengeluarkan pendapat masing-masing tentang isu berkenaan.

Sungguhpun ramai menyalahkan peniaga kerana didakwa tidak telus dalam berurus niaga, namun tak kurang juga yang menuding jari kepada pelanggan kerana dikatakan cuai.

Salah seorang pelanggan dikenali sebagai Niena, dia yang menikmati hidangan makan tengah hari di restoran yang sama mengakui terkejut apabila peniaga memberikan ikan siakap seberat 5.2 kilogram dengan harga RM846.40.

Katanya, kuantiti ikan berkenaan tidak seharusnya dihidangkan kepada kumpulan rombongannya terdiri daripada 10 dewasa dan 11 kanak-kanak.

"Kami biasa makan dalam jumlah ramai di kedai yang hidangkan makanan laut segar sebegini namun tidak la sampai 5kg ikan. Ini dah macam nak buat kenduri," katanya kepada mStar.

Kata Niena, ketika kunjungannya ke restoran berkenaan pada 3 November lalu mereka dikenakan caj keseluruhan sebanyak RM1,738.70.

Bercerita lanjut, Niena berkata pihaknya langsung tidak dimaklumkan tentang saiz sebenar ikan meskipun mengakui peniaga ada mempamerkan harga bagi setiap 100 gram.

"Masa kami order ada dinyatakan ikan siakap dan harga per gram, ini bukan pertama kali makan seafood jadi kami aware dengan harga itu.

"Saya tanya saiz ikan besar macam mana? dia tunjukkan saiz besar tangan dari jari kelingking ke siku. Mungkin dalam dua tiga kilo jadi harga tak la mahal.

"Namun memang tak sangka mereka akan masak ikan seberat 5kg," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi