suria

Top5 Viral: Ibuku umur 65 tahun kahwin lagi... bapa pula gigih pasang buaian dalam kereta

TOP 5 Viral minggu ini memaparkan banyak kisah menarik yang meraih perhatian netizen.

Paling menyentuh hari tentunya kisah seorang wanita yang sudah 10 tahun hidup menyendiri selepas kematian suaminya.

Dia akhirnya selamat diijabkabul dengan seorang duda pilihan hati selepas mendapat keizinan anak kesayangan arwah suaminya.

Selain itu, kisah seorang bapa yang sanggup memasang buaian di dalam kereta untuk mendodoi anaknya yang baru berusia 47 hari turut menarik perhatian netizen.

Turut tersenarai adalah kisah nakal seorang kanak-kanak comel yang berpura-pura tidur kerana takut akan dimarahi ibunya selepas kantoi bermain telefon bimbit milik datuknya.

Kehebatan seorang pemuda merakam gambar dengan membaling kameranya ke udara turut mendapat tempat dalam senarai Top 5 Viral minggu ini.

Saksikan video penuh yang kami sediakan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi