suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Doktor ‘warning’ Uncle Kentang, risau tekanan mental - “Tapi saya rasa kecewa kalau tak boleh bantu orang”

FAKTOR usia menjadi salah satu sebab kesihatan aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng semakin merudum.

Namun menurut Kuan atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang, pada usia 58 tahun dia masih belum puas untuk terus membantu orang ramai yang memerlukan.

Bagaimanapun sejak kebelakangan ini Kuan berkata dia dinasihatkan doktor supaya tidak terlalu kuat bekerja hingga menjejaskan tahap kesihatan sama ada fizikal dan mentalnya.

“Ada kalanya saya jadi marah pada diri saya sendiri, apabila tak dapat bantu... itu saya tak boleh nafikan kerana ia adalah kelemahan manusia.

“Tapi doktor nasihat supaya jangan banyak berfikir, dia warning kalau tak kawal tahap mental saya boleh terkesan.

“Jadi kadang-kadang saya rasa kecewa kerana tak boleh dan tak mampu nak tolong orang,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod, Kuan menerima anugerah ‘Points of Light’ oleh Ratu Elizabeth II di atas usaha murninya membantu golongan yang kurang bernasib baik pada September lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi