suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga emas jatuh siling ketika selamatkan diri daripada banjir - “Masa tu air dah paras dada”

REDA dan pasrah andai sesuatu yang buruk berlaku, demikian luahan warga emas yang mesra disapa Aki saat menceritakan semula detik-detik cemas ketika banjir besar di Janda Baik, Pahang baru-baru.

Menurut Aki atau nama sebenarnya Nor Rashid Awang Ngah, 82, dia pada mulanya berjaya memanjat siling rumah untuk menyelamatkan diri ketika air mula naik ke paras dada.

Namun nasib tidak menyebelahinya apabila siling rumahnya pecah dan dia akhirnya terjatuh ke dalam air.

“Mula-mula saya naik atas almari dan pecahkan siling. Saya dapat naik ke atas tapi ketika saya sedang baring tiba-tiba siling pecah dan jatuh.

“Masa tu air dah naik ke paras dada. Kemudian saya panjat atas singki dan berdiri di situ sementara menunggu bantuan,” katanya kepada mStar.

Ujar Aki, ketika insiden itu yang tinggal berseorangan hanya mampu berserah nasib kepada Allah.

“Saya bertahan selagi boleh... kalau tak boleh terserah kepada Allah.

“Tapi Allah tolong dengan hantar orang untuk selamatkan saya,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi