suria

Wanita pemandu Myvi ini berpantang ajal sebelum maut... Kereta jatuh gaung, ‘total lost’ tapi selamat

SUDAH setahun tragedi tanah runtuh hingga menyebabkan banjir lumpur di Kilometer 92, Jalan Gua Musang-Lojing berlaku.

Menurut salah seorang mangsa, Siti Masuri Karimi Mohd Azlan, 28, peristiwa hitam itu masih belum boleh dilupakan.

“Alhamdulillah semakin pulih daripada kesan kemalangan tu.

“Cuma kadang-kala apabila hujan atau kejadian angin kuat saya akan teringat kisah kemalangan tu dan rasa macam gerunlah sikit,” Katanya kepada mStar.

Kini selepas setahun suami kepada Suri, Ahmad Fahmi Zulkefli, 30, berkongsi semula foto dan video kejadian ngeri berkenaan di Facebook.

Katanya selain bersyukur kerana isterinya terselamat, dia juga tertanya-tanya tentang nasib kenderaan Myvi yang musnah atau total lost.

Katanya dia masih perlu membayar ansuran bulanan walaupun ia sudah tersadai dan tidak boleh digunakan lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi