suria

Baru usia 4 tahun dah lincah bersilat, bapa mahu adik Zahirul jadi pesilat negara

AKSI lincah seorang kanak-kanak Zahirul Azahel Tantari yang baru berusia empat tahun bersilat di sebuah majlis kahwin menarik perhatian netizen di media sosial.

Bapanya, Elfy Azahel Kasturi Othman, 42, memasang impian agar suatu hari nanti anak lelakinya itu boleh menjadi pesilat negara.

“Pada saya kalau diizinkan oleh Allah SWT saya nak anak saya ni boleh dikatakan bakal pesilat negara.

“Untuk itu perjalanan dia masih lagi jauh... saya sebagai ayah akan beri tunjuk ajar dari segi latihan.

“Dari segi rehat, tidur, makan dia kena ambil beratlah daripada sekarang untuk dia mencapai cita-cita menjadi pesilat negara suatu masa nanti,” katanya kepada mStar.

Selain itu, adik Zahirul meluahkan hasrat untuk berjumpa dengan idolanya Datuk Azizulhasni Awang pada suatu hari nanti.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi