suria

Penari badan lentik seiras AC Mizal jawab kecaman netizen, jangan tuduh sembarangan - “Kami hanya ikut karakter”

RAMAI tertanya-tanya tentang identiti penari lelaki yang mempunyai wajah seiras selebriti Datuk AC Mizal.

Ada yang mendakwa sebagai kembar malah tak kurang juga menyangka kedua-dua mereka mempunyai pertalian darah.

Enggan membiarkan orang ramai terus berteka-teki, mStar bertemu sendiri dengan penari yang menjadi bualan ramai itu.

Ketika ditemui, penari bernama Mohamad Sabre Abd Aziz itu berkata dia langsung tidak mempunyai kaitan dengan AC Mizal.

Katanya, ini bukan kali pertama dia disamakan dengan AC Mizal namun tidak menyangka video tariannya baru-baru ini tular hingga mendapat perhatian netizen.

“Mula-mula saya pun tak expect sampai jadi macam ni. Saya hanya sebagai penari dan saya buat kerja sebagai penari je.

“Sebelum ni ada je yang samakan muka saya macam Datuk AC Mizal, ramai tanya itu saya ke?," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu Sabre berkata dia juga menyedari menerima kecaman disebabkan pakaian dan penampilan yang dikatakan agak keterlaluan.

Namun ujar Sabri, dia hanya memenuhi permintaan penganjur yang meminta mereka berperwatakan sedemikian.

"Saya tak boleh nak komen banyak, sebagai penari profesional saya hanya ikut apa yang diminta oleh client... kami hanya in-character.

"Malah saya rasa tarian itu bersesuai dengan event yang dianjurkan," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi