suria

Ramai terkejut tengok ‘kembar’ arwah Abam Bocey, pemuda bernama Buyot ini jadi tumpuan gara-gara wajah seiras

ORANG kata dalam dunia ini ada tujuh individu yang wajahnya mirip dengan kita.

Terbaharu pemuda yang dikenali sebagai Buyot atau Mohammad Azrul Osman Abadi, 23, dikatakan memiliki wajah dan susuk tubuhnya sama seperti Allahyarham Abam Bocey.

Ketika ditemubual mStar, Buyot berkongsi cerita ketika berjumpa dengan Fad Bocey di konti radio Hot FM baru-baru ini.

“Masa saya jumpa Fad tu rasa terkejut dan terharu dapat jumpa artis, apabila dapat jumpa tu memang rasa gembira sangat.

“Banyak yang kami borak dan Fad ada cakap saya mirip dengan arwah. Dia juga pesan supaya jaga kesihatan.” Katanya kepada mStar.

Untuk rekod Allahyarham Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Buyot, mirip arwah Abam Bocey


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi