suria

“Boleh ke tak nak panggil cikgu?” - Cara pemuda ini ‘approach’ guru sendiri menjadi, boleh agak ada niat istimewa

DAHULU cikgu muzik, tapi sekarang bertukar status menjadi ‘orang rumah’.

Ternyata jurang usia 11 tahun bukanlah penghalang bagi Nurhanis Zahidah Hashim, 34, untuk bertemu jodoh dengan bekas pelajar di sekolah tempat dia berkhidmat suatu ketika dahulu.

Namun begitu, keikhlasan hati Muhammad Nazim Zainal, 23, berjaya menambat hati ibu tunggal anak dua tersebut untuk membina hidup sebagai pasangan suami isteri.

Ketika ditemubual mStar, pasangan ini memaklumkan mereka mula berkenalan sejak Nurhanis menjadi guru pendidikan muzik sewaktu Nazim berada di tingkatan empat.

“Tapi kami bukan la bercinta sejak dia jadi pelajar saya, kami mula berhubung antara satu sama lain selepas satu majlis reunion.

“Masa tu pun dia tak tahu lagi status dia sebagai ibu tunggal,” katanya kepada mStar.

Ditanya tentang bagaimana Nazim mula bertindak ke fasa seterusnya, Nurhanis berkata dia masih ingat apabila suaminya itu meminta kebenaran untuk tidak lagi memanggilnya cikgu.

Untuk rekod pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 10 Disember 2021.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi