suria

Gadis menangis tak dapat makan 4Fingers rupa-rupanya penyanyi, nafi saja buat onar untuk promo lagu

SEORANG wanita yang dikenali sebagai Farah bersama lelakinya menerima kecaman hebat gara-gara sebuah video tentang kisah percintaan mereka.

Wanita bernama Nur Farahin Shazleen, 22, itu berkata, kecaman yang melampau dan keterlaluan membuatkan dia takut untuk keluar rumah.

“Saya tak boleh nak cakap apa-apalah tentang netizen, sebab salah saya saya yang post video tu,

“Netizen pun tak faham dengan video tu, mungkin mereka tak faham apa yang saya nak sampaikan dan jadi isu fitnah mereka salahkan saya.

“Memang saya rasa sedih, pertama kali saya kena macamni, berduyun-duyun orang komen.

“Ada yang komen lucah dan tawar perkara bukan-bukan sehingga saya takut nak keluar rumah,” Katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Farah yang juga seorang penyanyi baharu menafikan perkongsian itu sengaja dilakukannya bagi mempromosikan single baharunya berjudul Pelan-Pelan.

“Ya memang saya seorang penyanyi, video yang tular ini tiada kena mengena dengan muzik video saya.

“Muzik video itu sudah dirakam sebelum video ini tular. I tiada kaitan dengan kerja saya sebagai penyanyi,” ujarnya.

Sehingga kini, video yang tular di akaun TikTok milik Farah itu sudah menerima 5.8 Juta tontonan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi