suria

Wanita kesal anak sakit tunggu 5 jam untuk dapat rawatan gara-gara insurans lambat ‘approve’

HATI ibu mana yang tidak luluh melihat anak mengalami demam panas lambat mendapatkan rawatan.

Seorang wanita dikenali sebagai Cik Zaza Ahmad, 27, meluahkan rasa terkilan apabila pihak insurans lambat memproses kelulusan bagi urusan anak perempuannya masuk ke wad.

“Saya terkilan agak sedih juga kenapa anak saya tak dapat rawatan sedangkan kita bayar insurans on time setiap bulan RM1,600.

“Jadi bila tak dapat rawatan tu saya ambil keputusan untuk discharge... bila saya decide untuk discharge tu pun kena bayar RM3,000.

“Saya tak nak bayar RM3,000 sebab saya memang bayar insurans... pihak agen minta saya tunggu tapi time approve tu pun dah petang,” katanya kepada mStar.

Anak perempuan Cik Zaza iaitu Afrina Delisha, 4, dimasukkan ke hospital pada 20 Januari lalu dan sehari kemudian anak lelakinya, Adam Farish, 1, turut dimasukkan ke hospital yang sama akibat demam panas.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi