suria

Abang spanar cerita semula kejadian suami pukul isteri... Ada pula netizen syak jalin hubungan sulit dengan mangsa!

SEKADAR mahu mempertahankan seorang wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga, pemuda bernama Akmal Zarif berkata dia terpaksa menggunakan spanar besi untuk meleraikan situasi yang berlaku di depan mata.

Menurut Akmal Zarif Abdul, 20, penggunaan alatan besi berkenaan bukan untuk mencederakan sesiapa sebaliknya sebagai persediaan untuk mempertahankan diri.

“Mungkin orang tak duduk di situasi saya, saya jauh lebih kecil berbanding lelaki itu.

“Saya just pegang saja... niat saya cuma nak meleraikan. Saya bukan nak mencetuskan pergaduhan yang lebih besar.

“Secara kebetulan saja spanar tu ada dalam kereta saya,” katanya kepada mStar.

Baru-baru ini Akmal Zarif menjadi perhatian ramai hingga digelar ‘abang spanar’ apabila rakamannya cuba meleraikan pergaduhan suami isteri di Tasik Darulaman, Kubang Pasu dekat Kedah pada 29 Januari lalu viral di media sosial.

Rata-rata memuji tindakan pantasnya itu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Untuk rekod, polis sedang memburu suspek kejadian berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan memaklumkan, turut mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes pukul iaitu mendatangkan kecederaan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi