suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesan baca doa banyak-banyak, netizen tak sedap hati gadis naik bas seorang diri ke Kelantan... Ada pula teringat tragedi lama

BERKONGSI pengalaman menaiki bas seorang diri dari Selangor ke Kelantan, video yang dikongsikan gadis dikenali sebagai Nana mendapat lebih lebih 500,000 tontonan di TikTok.

Cerita Nana atau Noor Nasirah Fitri Mustafa Kamal, 19, dia tidak menyangka bas dua tingkat yang dinaikinya dari Klang Sentral itu tidak kosong tanpa penumpang lain.

“Tak sangka pula selepas ayah letak beg saya di tempat penyimpanan barang, bas yang saya naiki itu terus bergerak.

“Saya update dalam group WhatsApps keluarga, mereka pun terkejut namun pesan suruh hati-hati. Saya sendiri tak terfikir perkara yang tak baik,” katanya kepada mStar.

Namun ujar Nana, perjalanan seorang diri itu hanya dalam tempoh kira-kira 40 minit kerana bas berkenaan menuju ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk mengambil beberapa lagi penumpang lain.

Untuk Rekod Nana merupakan pelajar diploma kejururawatan di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kota Bharu, Kelantan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi