suria

Anak lelaki Kak Long cerita kejadian dalam 7Eleven, rupa-rupanya dituduh curi mainan... Dakwa diugut nak bawa ke balai

PERMOHONAN maaf Kak Long atau Wan Nor Baizura kerana bersikap kasar nampaknya gagal memberi impak kepada orang apabila dia terus menerima kecaman.

Menerusi temubual dengan mStar, Kak Long bagaimanapun berkata dia memaafkan semua pihak yang melemparkan kata-kata kesat terhadapnya dan keluarganya.

Malah kata Kak Long, dia sedia untuk berubah ke arah yang lebih baik selepas apa yang terjadi.

Dalam pada itu anak lelaki Kak Long dikenali sebagai Adam yang berusia lapan tahun berkata dia pada mulanya masuk ke kedai serbaneka tersebut untuk membeli air.

Namun tanpa disangka, Adam mendakwa kakitangan kedai berkenaan menuduhnya ingin mencuri mainan serta mengugut untuk membawanya ke balai polis.

Ikuti video yang disediakan bagi mendapatakan gambaran sebenar di pihak Kak Long dan anak lelakinya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi