suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak sanggup tengok bayi pramatang diberi CPR, dada si kecil ditekan-tekan... Ibu ini izinkan doktor cabut oksigen

SEHARI selepas dilahirkan, anak syurga bernama Muhammad Al Ayyash Mohamad Ariff meninggal dunia kerana ‘Potter Syndrome’ dan ‘hypoplastic lungs’.

Cerita Nurul Aina Rusli, 27, dia dan suami terpaksa membuat keputusan untuk melepaskan cahaya mata mereka kerana tidak sanggup melihat bayi yang dilahirkan pada usia kandungan 29 minggu itu terus menderita.

“Doktor beritahu baby memang tak boleh survive dan mereka nak kata putus daripada kami.

“Sama ada nak baby pergi dengan tenang atau keep on CPR. Saya tak sanggup tengok dia kena CPR. Badan dia kecil dan bila dia kena tekan-tekan saya memang tak sanggup nak tengok.

“Masa tu saya dah decide cakap dengan suami supaya akan biarkan dia pergi dengan tenang,” katanya kepada mStar.

Untuk rekod ‘Potter Syndrome’ dan ‘hypoplastic lungs’ merupakan masalah kecacatan genetik pada bayi dalam kandungan dan ianya menyebabkan kekurangan tisu paru-paru.

Muhammad Al Ayyash dilahirkan pada 16 Disember 2021.

Pada usia kandungan 21 minggu, doktor memaklumkan air ketuban dalam rahim Nurul Aina mengering dan ia berbahaya kepada bayi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi