suria

Hati jejaka Ukraine berbunga-bunga, ‘girlfriend’ Melayu Pulau Pinang sanggup belikan makanan ketika susah

PERKENALAN hampir dua tahun akhirnya menyatukan wanita berasal dari Pulau Pinang dengan jejaka pilihan hatinya, Bogdan Gladkyi yang berasal daripada Mauriupol, Ukraine.

Cerita Hazirah Zamzuri, 28, yang mesra disapa Nurha, dia mula mengenali suaminya itu pada tahun 2019 yang pada ketika itu berkerja di Taman Tema Escape Penang.

“Saya kenal dia semasa pergi ke Escape Penang bersama rakan-rakan. Dia bekerja sebagai diver kat sana. Masa tu saya bergurau dengan rakan mengatakan dia memiliki rupa paras yang elok.

“Jadi saya tanyalah kawan saya yang kebetulan bekerja dekat sana. Tiba-tiba dia panggil Bogdan ni kata saya nak berkenalan.

“Bermula sejak itu kami berhubung melalui WhatsApp dan jumpa beberapa kali,” katanya kepada mStar.

Pasangan ini kemudiannya selamat bernikah di Pulau Pinang pada 22 Januari lalu.

Sementara itu Bogdan berkata dia tertarik dengan Nurha kerana gadis berkenaan memiliki sikap yang baik dan penyayang serta mengambil berat.

“Saya tengok seorang yang baik hati dan saya mula menyukainya. Kami pergi bercuti bersama ke Langkawi dengan rakan-rakan yang lain. Pada ketika itu hati saya dah mula berbunga-bunga.

“Ketika tempat saya bekerja terpaksa ditutup kerana PKP dan saya tidak mempunyai wang belanja, dia belikan makanan untuk saya dan rakan-rakan yang lain.

“Apabila dia datang ke rumah membawa makanan, saya terkejut kerana ini pertama kali perempuan ambil berat dan belikan makanan,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Nurha, Bogdan, jodoh, berkahwin, Ukraine


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi